Silogisme


Disediakan oleh:
Ibnu Jaffar
ISM Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) 




A-SILOGISME KATEGORIK

1. PENGERTIAN






  1. Bentuk penyimpulan tidak langsung.
  2. Argumen yang kesimpulannya diambil secara pasti dari premis-premis yang menyatakan permasaalahan yang berlainan.
  3. Dua permasalahan yang dapat kita tarik daripadanya kesimpulan manakala mempunyai term yang menghubungkan keduanya.





Untuk menghasilkan kesimpulan mesti ada pengkalan umum


( proposisi universal) dan pengkalan khusus ( partikular/ singular/ universal)





Semua manusia tidak lepas dari kesalahan


Semua cendikiawan adalah manusia


Kesimpulan/natijah


Semua cendikiawan tidak lepas dari kesalahan





Apabila pengkalan khususnya proposisi singular,contohnya:





Semua mahasiswa adalah terdidik


Mawi adalah mahasiswa.


Kesimpulannya


Mawi adalah terdidik.





Proposisi sama ada pengkalan umum atau khusus dinamakan premis (mukadimah).


Proposisi yang dihasilkan dari sintesis kedua premisnya disebut kesimpulan /natijah.


Term yang menghubungkan kedua premis tersebut dinamakan term penengah


(middle term).


Premis yang termnya menjadi subjek(maudhu’) pada kesimpulan disebut premis minor.


Premis yang termnya menjadi predikat(mahmul)  pada kesimpulan disebut premis major.





Contohnya:


Semua manusia akan mati.


Bush adalah manusia.


Bush akan mati.





 Contoh:


Semua tumbuhan memerlukan cahaya matahari


Bunga Mawar adalah tumbuhan


Bunga Mawar memerlukan cahaya matahari





Proses menemukan kesimpulan.


Langkah pertama, tandalah term pada kedua-dua premis.


Gunakan M , P pada premis major dan S pada premis Minor. Kemudian tulislah dengan lengkap Term, S dan P nya.


Premis major selalunya pada awal bangunan silogisme


Term penengah  tidak boleh kita sebut atau tulis dalam kesimpulan.








2.         HUKUM-HUKUM SILOGISME KATEGORIK








2.1       Apabila dalam satu premis partikular, kesimpulan juga haruslah partikular.





Contoh 1:


Semua yang halal diminum menyihatkan.


Sebahagian minuman tidak menyihatkan, maka


Sebahagian minuman tidak halal diminum


( Kesimpulan tidak boleh : Semua minuman tidak halal diminum)





Contoh 2:


Semua cerita lucah tidak boleh untuk mendidik.


Sebahagian cerita Jaka Tarub adalah lucah, maka


Sebahagian cerita Jaka Tarub tidak boleh untuk mendidik.





2.2       Apabila salah satu premis negatif, kesimpulan harus juga negatif.





Contoh 1:


Semua korupsi tidak disukai.


Sebahagian jabatan adalah korupsi, maka


Sebahagian jabatan tidak disukai.


(kesimpulan tidak boleh : Sebahagian jabatan tidak disukai)


 



Contoh 2:


Semua mahasiswa terdidik.


Sebahagian manusia tidak terdidik, maka :


Sebahagian manusia bukan mahasiswa.





2.3       Dari dua premis yang sama-sama partikular tidak sah diambil kesimpulan.


Contoh 1:


Beberapa ahli politik tidak jujur.


Banyak cendikiawan adalah ahli politik, maka:


Banyak cendikiawan tidak jujur.





Contoh 2 :


Sembilan puluh peratus peniaga pasar Teluk Intan jujur.


Faizul adalah peniaga pasar Teluk Intan, makai:


Sembilan puluh peratus Faizul adalah jujur.





2.4       Dari dua premis yang sama-sama negatif , tidak menghasilkan kesimpulan apapun, kerana tidak ada mata rantai yang menghubungkan kedua proposisi premisnya . Kesimpulan dapat diambil bila desikitnya salah satu premisnya positif. Kesimpulan yang ditak dari dua premis negatif adalah tidak sah.





Kerbau bukan bunga raya.


Kucing bukan bunga raya.


.....( Tidak ada kesimpulan )





Tiada satu pun drama yang baik mudah dipertunjukkan.


Tiada satu pun drama Shakespeare mudah dipertunjukkan.


Maka: Semua drama Shakespeare adalah baik.


( Kesimpulan tidak sah)





2.5       Paling tidak , salah satu dari term penengah harus tertebar ( mencakup).





Dari dua premis yang term penengahnya tidak tertebar akan menghasilkan kesimpulan yang salah, seperti :





Semua ikan berdarah sejuk.


Binatang ini berdarah sejuk.


Jadi: Binatang ini adalah ikan.


(Padahal boleh juga binatang melata )


 



Dari dua premis yang term penengahnya tidak tertebar akan menghasilkan kesimpulan yang salah, seperti :





Semua tumbuh-tumbuhan memerlukan air


Manusia memerlukan air.


Maka : Manusia adalah tumbuh-tumbuhan





2.6       Term Predikat dalam kesimpulan harus konsisten dengan term predikat yang ada pada premisnya. Jika tidak, kesimpulan menjadi salah.





Contohnya:


Adam adalah manusia


Nita bukan Adam, maka:


Nita bukan manusia





2.7       Term penengah mesti mempunyai makna yang sama, sama ada dalam premis major ataupun premis minor . Apabila term penengah bermakna ganda (ada makna lain),kesimpulan menjadi lain, seperti :





Bulan itu bercahaya di langit.


Syawal adalah bulan.


Maka : Syawal bercahaya di langit.


( Bulan pada premis minor adalah nama dari ukuran waktu yang panjangnya 29 hari, manakala pada premis major , bulan bermaksud planet yang mengelilingi bumi).





Orang yang berpenyakit berjangkit mesti diasingkan


Orang yang berpanau adalah berpenyakit berjangkit.


Maka : Orang yang berpanau mesti diasingkan





2.8       Silogisme mesti terdiri daripada tiga term iaitu:-





Term subjek.


Term predikat


Term middle.





Apabila terdiri daripada sebuah term, tidak boleh diturunkan kesimpulan. Begitu juga bila terdiri dari dua term atau lebih dari tiga term, maka tidak boleh diturunkan kesimpulan.


 



3.0     ABSAH DAN BENAR





Absah ( valid)-prosedur penyimpulan sama ada pengambilan kesimpulan sesuai atau tidak dengan patokan (kaedah/cara).


Valid – apabila sesuai dengan patokan(kaedah/cara).





Benar-proposisi dalam silogisme sama ada  didukung atau sesuai dengan fakta atau tidak.





Variasi-variasi.





3.1       Prosedur valid , premis salah dan kesimpulan betul.





Semua yang baik itu haram.                            ( salah )


Semua yang memabukkan itu baik.                ( salah )


Maka: Semua yang memabukkan itu haram   ( betul )





Semua bunga berbau harum.                           ( salah )


Semua minyak wangi adalah bunga.               ( salah )


Maka: Semua minyak wangi berbau harum.   ( betul )



Variasi-variasi.





3.2       Prosedur invalid - premisnya benar kesimpulannya salah





 Socrates adalah ahli falsafah                          ( betul )


Plato   bukan Socrates                                     ( betul )


Maka: Plato bukan ahli falsafah.                     ( salah )





Semua bunga berbau harum.                           ( salah )


Semua minyak wangi adalah bunga.               ( salah )


Maka: Semua minyak wangi berbau harum.   ( betul )





Semua ikan berdarah sejuk


Reptilia bukan ikan


Maka : Reptilia tidak berdarah sejuk





3.3       Prosedur invalid - premisnya salah kesimpulannya betul





Sebahagian ahli politik adalah tumbuhan                   ( salah )


Sebahagian manusia adalah tumbuhan                       ( salah )


Maka: Sebahagian manusia adalah ahli politik.          ( betul )





Sebahagian besi bernyawa                                         ( salah )


Sebahagian logam bernyawa                                      ( salah )


Maka: Sebahagian logam adalah besi.                        ( betul )





3.4       Prosedur valid , premis salah dan kesimpulan salah.





Semua yang keras tidak berguna                            ( salah )


Adunan roti adalah keras                                       ( salah )


Maka: Adunan roti tidak berguna                          ( salah )





Semua yang ada tidak dapat dilihat   .                    ( salah )


Jiwa dapat dilihat        .                                           ( salah )


Maka: Jiwa tidak ada.                                             ( salah )





Kesimpulan silogisme hanya bernilai jika diturunkan dari premis yang betul dan prosedur yang valid. Kesimpulan yang walaupun benar tetapi diturunkan melalui prosedur yang tidak valid dan premis yang salah tidak bernilai kerana dalam silogisme kita tidak menghadirkan kebenaran baru, tetapi kebenaran sudah terkandung pada premis-premisnya.





Suatu silogisme akan menurunkan kesimpulan yang dijamin kebenarannya , manakala premis- premisnya benar dan prosedur penyimpulannya valid.





4.0     BENTUK-BENTUK SILOGISME





Bentuk-bentuk silogisme dibezakan dengan kedudukan medium ( term penengah ) dalam premis.





Ada 4 jenis/bentuk silogisme:





Figur I


Figur II


Figur III


Figur IV





4.1       Figur 1





Medium menjadi subjek pada premis major dan menjadi predikat premis pada premis minor.





Semua yang dilarang Tuhan mengandungi berbahaya.


Mencuri adalah dilarang Tuhan.


Maka ; Mencuri adalah mengandungi bahaya.





4.2       Figur II





Medium menjadi predikat sama pada premis major  premis minor.





Semua tumbuhan memerlukan air.


Tidak satu pun benda mati memerlukan air.


Maka : Tidak ada satu pun benda mati adalah tumbuhan.





4.3       Figur III





Medium menjadi subjek sama ada  pada premis major ataupun  pada premis minor.





Semua ahli politik adalah pandai berpidato.


Beberapa orang ahli politik adalah sarjana.


Maka ; Sebahagian sarjana adalah pandai berpidato.





KEEMPAT-EMPAT FIGUR INI DINYATAKAN DALAM BENTUK LAMBANG ADALAH SEBAGAI BERIKUT:






I



2



3



4


M

P


P

M

M

P

P

M
S

M


S

M

M

S

M

S






























S

P


S

P

S

P

S

P




Sub-pre prima , re-pre secunda


Sub-sub tertia , pre sub quarta





Setiap proposisi dalam susunan silogisme boleh dalam bentuk A, I, E, O.





Justeru itu, premis major , premis minor ataupun kesimpulan berkemungkinan dalam bentuk A, I, E, O.


Dari kombinasi bentuk-bentuk proposisi itu maka dalam satu figur silogisme akan boleh dibentuk 4X4X4 jenis silogisme sehingga ada 64 jenis.





Dari kombinasi bentuk-bwntuk proposisi itu maka dalam satu figur silogisme akan boleh dibentuk 4X4X4 jenis silogisme sehingga ada 64 jenis.





Oleh kerana figur silogisme ada 4 maka seluruhnya ada 256 bentuk silogisme. Dari 256 jenis itu, bila kita terapkan hukum silogisme , hanya ada 24 bentuk yang sah, 19 bersifat utama dan 5 bawahan. Dari 19 bentuk utama itu, 4 bentuk adalah kelompok Figur 1, 4 bentuk merupakan kelompok figur 2, 6 bentuk figur 3 dan 5 bentuk merupakan kelompok figur 4.





Termasuk figur 1 adalah bentuk :


  1. AAA ; 1.a. AAI :        2. EAE ; 2.a.EAO


3.AII ; 4.EIO





Termasuk figur II adalah bentuk :


  1. 1.EAE ; 1.a.EAO        2.AEE ; 2.a.AEO


  1. EIO; 4. AOO





Termasuk figur III adalah bentuk :


  1. AAI ; 2.IAI :   3. AII ; 4.EAO


5.OAO ; 6.EIO





Termasuk figur IV adalah bentuk :


  1. AAI ; 2.AEE : 2.a. AEO; 3.IAI


  1. EAO; 4. EIO





Untuk memudahkan ingatan :





Barbara Celarent , darii , Ferio , priris


Cecare , Camestres , Festino , Baroco , secundae


Tertia: darapti , Disamis Datisi , Felapton, Bocardo, Ferison, habet,


Quarta insuper addit : Bramantip, Camenes , Dimaris , Fesapo , Fresison





Untuk memudahkan ingatan :





5 Bentuk bawahan jika disyairkan :


Barbari , celarent ( figur 1) , Cecaro , Camestros ( figur 2 ) dan Camenos ( figur 4). Hanya  f)igur 3 yang tidak mempunyai bentuk bawahan.











Figur 1





Medium menjadi subjek pada premis major dan menjadi predikat pada premis minor.





Premis major mestilah universal


Premis minor mestilah afirmatif








Bentuk yang sah ialah:


AAA ( Barbara)


Semua mahasiswa boleh membaca dan menulis


Semua lelaki itu adalah mahasiswa


Maka : Semua lelaki itu boleh membaca dan menulis.





EAE (Celarent)


Tidak satu pun kaum muslim anti Tuhan


Semua pelajar SPI sabak bernam adlah kaum muslim


Maka : Semua pelajar SPI Sabak Bernam tidak anti Tuhan.





AII ( Darii)


Semua yang jujur disukai


Sebahagian  mahasiswa UTM jujur


Maka sebahagian mahasiswa UTM disukai





EIO ( Ferio )





Tidak satu pun penipu adalah jujur.


Sebahagian pelajar adalah penipu.


Maka : Sebahagian pelajar tidak jujur.





Figur 2





Medium menjadi predikat pada premis major dan premis minor


Premis major mestilah universal


Premis minor kualitinya mestilah berbeza dengan premis majornya.


Bentuk yang sah ialah:





EAE ( Cecare)


Tidak satu pun ateis bertuhan.


Semua kaum muslim bertuhan.


Maka : Tidak satu pun kaum muslim adalah ateis.





AEE ( Camestres)


Semua pelajar SPI adalah muslim.


Tidak satu pun penganut Marxisme adalah muslim.


Maka : Tidak satu pun penganut Marxisme adalah pelajar SPI.





EIO (festino)


Tidak ada manusia waras anti Tuhan.


Sebahagian manusia anti Tuhan.


Maka : Sebahagian manusia adalah tidak waras





AOO ( Baroco)


Semua benda cecair berubah bentuknya.


Sebahagian benda tidak berubah bentuknya .


Maka ; Sebahagian benda bukan benda cecair.





Figur 3





Medium menjadi subjek  pada premis major dan premis minor


Premis minor  mestilah afirmatif.


Kesimpulan  mestilah partikular.


Bentuk yang sah ialah:


AAI ( Darapti)


Semua kelawar menyusukan.


Semua kelawar mencari makanan pada waktu malam.


Maka ; Sebahagian haiwan yang mencari makanan pada waktu malam menyusukan.





AII (Datisi), misalnya:


Semua mahasiswa terdidik


Sebahagian mahasiswa  curang.


Maka : Sebahagian yang curang terdidik.








IAI (Disamis).





Beberapa ahli politik berpoligami.


Semua ahli politik boleh membaca dan menulis.


Maka; Sebahagian yang boleh membaca dan menulis berpoligami.








EAO (Felapton).


Tidak seorang sarjana pun buta huruf.


Semua sarjana adalah manusia.


Maka: Sebahagian manusia tidak buta huruf.





OAO ( Bocardo)


Beberapa mahasiswa tidak pandai.


Semua mahasiswa terdidik.


Maka : Sebahagian yang terdidik tidak pandai.





Figur 4





Medium menjadi predikat  pada premis major dan menjadi subjek pada premis minor. Syaratnya :


Apabila premis major afirmatif, maka minor mestilah universal.


Apabila premis minor negatif, maka premis major mestilah universal.


AAI ( Bramantip)


Semua kadet menggunakan pakaian seragam.


Semua yang menggunakan pakaian seragam gagah.


Maka : Sebahagian yang gagah adalah kadet.





AEE ( Camentes)


Semua mahasiswa terdidik.


Tidak satu pun yang terdidik bercakap kosong.


Maka : Tidak satu pun yang bercakap kosong adalah mahasiswa.





IAI ( Dimaris)


Beberapa ahli politik menguasai beberapa bahasa.


Semua yang menguasai beberpa bahasa rajin membaca.


Maka : Sebahagian yang rajin membaca adalah ahli politik





EAO 9 Fesapo)


Tidak ada pencuri disukai.


Semua yang disenangi adalah suka menolong


Maka : Sebahagian yang suka menolong adalah bukan pencuri.





EIO ( Fresion)


Tidak ada kambing berparuh.


Sebahagian yang mempunyai paruh bulunya indah.


Maka : Sebahagian yang indah bulunya bukan kambing.








5.0     SILOGISME BUKAN BENTUK BAKU





  1. Tidak menentu kedudukan kesimpulannya.
  2. Seolah-olah terdiri daripada tiga term.
  3. Hanya terdapat 2 premis tanpa kesimpulan atau hanya terdapat satu premis dan satu kesimpulan.
  4. Proposisinya lebih daripada 3.








5.1       Tidak menentu kedudukan kesimpulannya.





Hayata pasti rajin kerana ia adalah juruteknik Jepun dan semua juruteknik Jepun adalah rajin.


Contoh ini ,


Kesimpulan disebutkan awal.


Bentuk standardnya ialah :


Semua juruteknik Jepun adalah rajin.


Hayata adalah juruteknik Jepun.


Maka : Hayata adalah rajin.








Semua profesor adalah cerdas, maka Pija tentu cerdas kerana beliau ialah seorang profesor.


Pada contoh ini, kesimpulan disebut di pertengahan.


Bentuk standardnya ialah :


Semua profesor adalah cerdas.


Pija adalah profesor.


Maka : Pija adalah cerdas.








Setiap orang yang meniru dalam ujian adalah orang yang tidak percaya kepada diri sendiri, kerana ia meniru dalam ujian. Pada contoh ini, kesimpulan disebut di pertengahan.


Bentuk standardnya ialah :


Setiap orang yang meniru dalam ujian adalah oang yang tidak percaya kepada diri sendiri.


Blair adalah meniru dalam ujian.


Maka : Blair adalah tidak percaya kepada diri sendiri.





Analisis bentuk silogisme serupa dari argumen berikut:


Oleh kerana setiap pelajar SPI mengerjakan solat ia tentu pelajar SPI kerana ia mengerjakan solat.


Tentukan kesimpulannya. Cari perkataan : maka, jadi, tentu, kerana itu, oleh kerana itu maka. Jika tiada indikator-indikator itu , ia terpulang kepada kecerdasan kita.


Tentukan premisnya dengan perkataan kerana, oleh kerana.


Premis major-termnya menjadi predikat kesimpulan.


Premis minor-termnya menjadi subjek pada kesimpulan.





Analisis bentuk silogisme serupa dari argumen berikut:


Oleh kerana setiap pelajar SPI mengerjakan solat ia tentu pelajar SPI kerana ia mengerjakan solat.





Bentuk standardnya:


Setiap pelajar SPI mengerjakan solat.


Ia mengerjakan solat.


Maka : Ia adalah Pelajar SPI.








Bentuk standardnya:


Setiap pelajar SPI mengerjakan solat.


Ia mengerjakan solat.


Maka : Ia adalah Pelajar SPI.





Argumen tersebut tidak benar kerana kedua mediumnya tidak tertebar maka melanggar patokan (Kaedah) . Dalam argumen tersebut salah kerana banyak orang mengerjakan solat walaupun bukan pelajr SPI.





5.2.      Seolah-olah Terdiri Dari Tiga Term





Bentuk standard- tiga term. Apabila lebih-salah.


  1. Apabila dua term di antaranya mempunyai pengertian yang sama:


Semua mahasiswa  adalah tidak kekal.


Bethoven adalah manusia.


Maka bethoven adalah fana.


Fana = tidak kekal


N Argumen ini sah.





Argumen ini dapat pula dinyatakan:


Semua manusia adalah tidak kekal.


Bethoven adalah manusia.


Maka: Bethoven pada suatu hari akan mati.



Argumen berikut walaupun nampaknya terdiri lebih dari tiga term tetapi absah :


Semua logam dapat mengalirkan kepanasan.


Besi adalah logam.


Maka: Besi mampu mengalirkan kepanasan.





Semua jiwa adalah kekal.


Jiwa manusia adalah jiwa.


Maka: Jiwa manusia tidak akan rosak.





Apabila term tambahan hanya merupakan pembuktian atau penegasan daripada proposisinya.


Semua pahlawan adalah agung kerana mereka mahu berkorban untuk kepentingan umum.


Hang kasturi adalah pahlawan.


Maka : Hang Kasturi adalah agung.





Semua profesor adalah bijak kerana mereka mengetahui secara luas bidang pengetahuan yang menjadi pengkhususannya.


Norhaliza adalah profesor kerana telah dilantik kelmarin.


Maka: Norhaliza adalah bijak.





Argumen seperti ini disebut ; Epicherema.





5.3       Proposisinya Kurang Dari Tiga.





Entimem- silogisme kategorik yang tidak dinyatakan salah satu proposisinya.





3 jenis entimem.





Entimem premis major tidak dinyatakan.


Entimem premis minor tidak dinyatakan.


Entimem kerana kesimpulan tidak dinyatakan.








Entimem premis major tidak dinyatakan.


Ini salah , maka harus diperbaiki.


Dikembalikan dalam bentuk standard:


Semua yang salah harus diperbaiki.


Ini salah, maka :


Ini harus diperbaiki.





Entimem premis minor tidak dinyatakan.


Ia berhak bersuara, kerana semua anggota KPPK berhak bersuara.


Dikembalikan dalam bentuk standard:


Semua anggota KPPK berhak bersuara.


Ia anggota KPPK, maka:


Ia berhak bersuara.





Entimem kerana kesimpulan tidak dinyatakan.


Semua profesor luas pengetahuannya dan beliau seorang profesor.


Dikembalikan dalam bentuk standard:


Semua profesor luas pengetahuannya.


Beliau ialah seorang profesor, maka:


Beliau luas pengetahuannya.





Untuk menguji argumen sama ada absah /tidak-sulit..


‘Ia adalah seorang komunis kerana berpendapat demikian’


Menjadi lain bila dalam bentuk standard.


1.Cari kesimpulan – ‘ia adalah komunis’.


2.’Ia’- subjek


3.’Komunis’-predikat.


Premis yang mengandungi ‘ia’ adalah proposisi premis minor.


Proposisi ’ia berpendapat demikian’ adalah premis minor.


Premis major tidak dinyatakan.


Term komunis adalah bahagian dari proposisi premis major.


Bunyi premis major ’Semua orang komunis berpendapat demikian’





Untuk menguji argumen sama ada absah /tidak-sulit..


‘Ia adalah seorang komunis kerana berpendapat demikian’


Menjadi lain bila dalam bentuk standard.


1.Cari kesimpulan – ‘ia adalah komunis’.


2.’Ia’- subjek


3.’Komunis’-predikat.


Premis yang mengandungi ‘ia’ adalah proposisi premis minor.


Proposisi ’ia berpendapat demikian’ adalah premis minor.


Premis major tidak dinyatakan.


Term komunis adalah bahagian dari proposisi premis major.


Bunyi premis major ’Semua orang komunis berpendapat demikian’





Semua orang komunis berpendapat demikian.


Ia berpendapat demikian, maka;


Ia seorang komunis.


TIDAK SAH ! – Middle term tidak satu pun tertebar-salah patokan (kaedah).


Uji argumen berikut;


Semua anjing adalah taat maka sebahagian makhluk yang garang adalah taat.


Proposisi minor:


‘Sebahagian anjing adalah makhluk yang garang’


Dalam standard:


Semua anjing adalah taat.


Sebahagian anjing adalah makhluk yang galak, maka;


Sebahagian makhluk yang galak adalah taat.


Argumen tersebut sah atau tidak sah ?





5.4       Proposisinya lebih dari tiga





Sorite-argumen yang terdiri dari serangkaian silogisme kategorik.


Kesimpulan silogisme pertama menjadi premis pada silogisme selanjutnya.





Contohnya;


Semua perempuan berambut perang adalah wanita cantik.


Sebahagian guru adalah perempuan berambut perang.


Maka: Sebahgaian guru adalah wanita cantik.


Semua guru adalah manusia terdidik.


Maka sebahagian manusia terdidik adalah wanita cantik.





Contoh di atas sering dinyatakan;


Semua perempuan yang berambut perang adalah wanita cantik.


Sebahagian guru adalah perempuan berambut perang.


Semua guru adalah manusia terdidik.


Maka sebahagian manusia terdidik adalah manusia cantik.





Semua diplomat adalah manusia yang  pandai bertaktik.


Sebahagian pejabat pemerintah adalah diplomat.


Maka sebahagian pejabat pemerintah adalah manusia yang pandai bertaktik.


Semua pejabat pemerintah adalah menguruskan kepentingan umum.


Maka sebahagian manusia yang menguruskan kepentingan umum adalah manusia yang pandai bertaktik.


Contoh di atas sering dinyatakan


Semua diplomat adalah manusia yang pandai bertaktik.


Sebahagian pejabat pemerintah adalah diplomat.


Semua pejabat pemerintah menguruskan kepentingan umum.


Maka sebahagian manusia yang menguruskan kepentingan umum adalah manusia yang pandai bertaktik.








Sorite lebih dari dua silogisme kategorik.





Ini kayu.


Setiap kayu adalah tumbuh-tumbuhan.


Jadi ini adalah tumbuh-tumbuhan.


Setiap tumbuh-tumbuhan bertumbuh.


Maka ini bertumbuh.


Setiap yang bertumbuh makanan.


Jadi ini memerlukan makanan.


Semua yang memerlukan makanan adalah tidak kekal.


Maka ini tidak kekal.





Dalam pertuturan harian:


Ini kayu.


Setiap kayu adalah tumbuh-tumbuhan.


Setiap yang bertumbuh memerlukan makanan.


Setiap yang memerlukan makanan tidak kekal.


Maka ini tidak kekal.








Pada sorite yang tidak dinyatakan beberapa proposisinya, prediket pada proposisi pertama selalu menjadi subjek pada subjek proposisi selanjutnya. Subjek proposisi pertama dihubungkan dengan predikat proposisi terakhir.


Predikat proposisi yang lebih awal harus dituliskan keseluruhan termnya, tidak boleh dipotong. Apabila term predikat ada kata tidak disebut dalam proposisi selanjutnya akan mengakibatkan kekeliruan.


Contoh :


Faizul memukul Ash.


Ash memukul Mawi.


Maka : Faizul memukul Mawi.


Predikat pada proposisi pertama adalah ‘memukul Ash’ tetapi dalam proposisi selanjutnya dituliskan ‘Ash’ sahaja.





Contoh kekeliruan lain.





A.Halim melihat burung punai.


Burung punai melihat burung bangau.


Maka : A.Halim melihat burung bangau.





Manusia makan daging ayam.


Ayam makan kekotoran.


Maka : Manusia makan kekotoran.





Jefridin membeli buku.


Buku dibuat daripada kertas.


Maka : Jefridin dibuat daripada kertas


































Tiada ulasan: