Liyana Mendapat Tawaran ke SMKASAS (SMKA Sultan Azlan Shah) Bota.

Hutan Melintang, Mac 2010- Liyana Irdina binti Kamarudin telah mendapat tawaran ke SMKASAS pada hujung bulan Februari. Beliau yang telah berjaya menjadi johan Pertandingan Tulisan Jawi peringkat negeri Perak, 2009 sangat gembira dengan tawaran tersebut.


Beliau yang sebelum ini mengikuti kelas KAA di SMK Khir Johari, Sungai Sumun menjelaskan bahawa impiannya untuk bersekolah berasrama penuh telah tercapai. Ibu beliau iaitu seorang guru yang berpengalaman mengajar selama 16 tahun banyak memberi input kepada beliau untuk terus maju.


Bapa beliau yang juga seorang guru amat bersyukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk JPN, PPD, Pengetua SMKASAS dan semua yang telah banyak membantu. Bapa beliau juga keluaran daripada sekolah berasrama. Malah bapa beliau telah menghabiskan masa 7 tahun tinggal di asrama iaitu dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 6 atas. Pengalaman bapa beliau diserap untuk dijadikan panduan semasa berada di sekolah barunya itu.


Namun begitu, sekolah SMKASAS mempunyai kualiti disiplin yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi, ia merupakan sekolah cluster. Dengan itu, beliau perlu menyesuaikan diri dengan jadual yang ketat kerana jika tidak, beliau akan banyak ketinggalan.

Menyentuh tentang bayaran-bayaran yang dikenakan ialah Bayaran Tambahan asrama (makan, cagaran asrama dan kebajikan murid) berjumlah RM 640.00. Selain itu, bayaran tambahan sekolah (SUWA ) pula berjumlah RM 44.00 manakala bayaran PIBG pula ialah RM 125.00. Seterusnya, bayaran untuk barang-barang koperasi pula berjumlah RM 313.50. Bayaran-bayan ini perlu dijelaskan sebelum berakhirnya Mei 2010, kecuali bayaran koperasi yang dibayar tunai sewaktu mendaftar.

Bayaran-bayaran lain seperti upah membuat baju batik, baju prep. , membeli buku tambahan dan buku rujukan aadalah dibuat sendiri. Jumlah semua yang diperuntukan untuk kemasukan tingkatan satu Liyana Irdina pada tahun ini ialah mencecah RM 2K. Ini tidak termasuk dengan belanja yang telah dikeluarkan semasa berada di SMK Khir Johari sebelum ini.


Sebagai ibu dan bapa, itu tidak menjadi masalah. Apa yang penting ialah, beliau perlu belajar bersungguh-sungguh dan menjadi insan yang sempurna. 

Kepada semua rakan-rakan yang ditinggal di SMK Khir Johari, mereka berasa sedih kerana berpisah dengan seorang rakan yang baik. Rakan -rakan beliau seperti Munira, Hidayu, Jalwa dan yang lain-lain turut berasa kehilangan. Namun mereka sedar bahawa perpisahan ada kalanya amat  bermakna kerana perpisahan itu menerbitkan rasa rindu. Rindu itu ada kalanya hanya dinikmati oleh mereka yang mempunyai hati dan perasaan sahaja.


Terima kasih.









1 ulasan:

azam.ali berkata...

bagusla anda k c2... sye pn ex student,,,