Wong Fei Hung Orang Islam

Wong Fei Hung Orang Islam

Wong Fei Hung
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu) . Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.
Ditulis oleh: Ya Asrul Yaman Kijas (PSU JIM Petaling)
Sumber: www.penainsan.blogspot.com

Namewee F*** Racism ?



Mari kita nilai perkara-perkara seperti bahasa yang digunakan,
sikap, keangkuhan dan mungkin kita sedang melihat suatu hiburan
atas penghinaan kepada orang Melayu, KPM dan kerajaan Malaysia. mungkinkah? Mari kita nilai.

Puasa di bulan Ramadhan

Kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan ialah perintah daripada Allah yang Maha berkuasa. Ia ternyata benar melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:

Wahai sekalian orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah              diwajibkan  atas umat yang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa (dapat menjaga diri daripada murka Allah).

Pada bulan Ramadhan jugalah al-Quran diturunkan. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185:

Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan dari petunjuk serta pemisahan antara hak dengan batil.

Namun begitu, kepada mereka yang tidak berdaya atau berupaya untuk berpuasa, mereka boleh berbuka dan kemudian ganti pada hari yang lain. Allah berfirman dalam ayat 185:

Maka siapa yang menyaksikan bulan itu, harus berpuasa dan siapa yang sedang sakit atau dalam musafir, maka boleh dibayar pada hari-hari yang lain.

Mereka yang berpuasa amat istimewa kerana mereka disediakan oleh Allah pintu masik syurga yang khas sewaktu di syurga. Ini dijelaskan oleh hadis Bukhari dan muslim iaitu  :

Kebakaran di Kampung Baru

Semalam, satu kebakaran telah berlaku di sepanjang jalan masuk ke kampung. Mungkin perbuatan segelintir manusia yang suka bermain api. Sebuah kereta bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran tersebut.
Tebing jalan yang berukuran satu kilometer itu habis terbakar. Semua rumput terbakar dan api menjulang ke angkasa.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Terima kasih kepada guru besar, guru kanan dan semua guru  Sekolah SuPer.

Allahyarham Nenda Haji Redwan

Beliau ialah nenda mertua iaitu pengasas pondok al-Ridhwan parit 19. Beliau meninggal dunia pada tahun 1972. Salah seorang anak murid beliau ialah Kiyai Tuan Haji Samsudin iaitu bapa mertua saya.

Pembersihan kebun kelapa kepada sawit

Pada minggu ini, kerja-kerja pembersihan kebun kelapa sawit sedang dilaksanakan. Semua pokok kelapa ditumbangkan kecuali satu ekar untuk digunakan dalam sektor pemasakan di rumah.