Pada Hari ini, saya berkecil hati dengan tingkah laku seorang anak saudara saya. Pada petang tadi, saya dan isteri  berkunjung ke rumah kakak ipar. Sewaktu bersembang dengan biras saya, anak lelaki beliau ( anak saudara saya) berada di dalam rumah tersebut. Yang istimewanya, pandang kami pun tidak. Apatah lagi memberi salam atau bertanyakan khabar. Mungkin kami ini membawa najis ke rumahnya. Pada saya, tindakan tersebut sungguh kurang sopan dan tidak beradab. Saya berasa kecil hati dan sangat kecewa dengan situasi tersebut. Seolah-olah kami tiada nilai baginya sebagai bapa saudara dan ibu saudara. Saya bimbang jika kelakuan ini berterusan menjadi cara hidupnya, budak ini tidak akan mendapat pertolongan daripada saudara mara. Allah berfirman di dalam al quran yang