Wudhuk tak sempurna

Satu hari saya terpandang seorang budak sekolah menengah agama sedang berwudhuk. Beliau berumur 15 tahun. Beliau membasuh tangan tidak sampai ke siku kerana lengan baju beliau tidak dilipat sehingga ke atas. Sudah pasti wudhuknya tidak sah. Saya cuba menegurnya kerana itu tanggungawab kita semua.

Isunya ialah selama 6 tahun di sekolah rendah dengan PAFA  (Penilaian Asas Fardhu Ain) dan Pendidikan Islam, 6 tahun di SAR Sekolah Agama rakyat (petang) dan 3 tahun di sekolah menengah agama, masih tidak sempurna wudhuknya? Salah siapa? Cuba fikirkan keberkesanan pendidikan Islam ...asas pun tak sempurna inikan pula yang lain-lain?

Kesalahan pengambilan ubat dan akibatnya

Kesalahan pengambilan ubat dan akibatnya Kegagalan untuk mengikut cara pengambilan ubat yang betul boleh mengakibatkan terjadinya kesan yang tidak diingini. Diantaranya adalah;
  1. Kegagalan rawatan atau penyakit berulang.
    Penyakit berjangkit seperti TB adalah contoh dimana kegagalan rawatan boleh dilihat dengan simptom penyakit berulang semula.
Jagalah Buah Pinggang Anda
Oleh Dato' Dr Zaki Morad bin Mohd Zaher
Pakar Runding Kanan Nefrologi

Apa yang berlaku pada buah pinggang anda disebabkan diabetes
Darah anda dibersihkan oleh buah pinggang anda. Bahan-bahan sisa buangan dan cecair akan ditapis keluar, membentuk urin, yang akan disalur keluar melalui pundi kencing. Sekiranya buah pinggang anda rosak, fungsi penting ini tidak dapat dilakukan dan ianya akan mengakibatkan anda menjadi lesu atau kadang-kala membawa maut.

Fatwa Muzik

http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=1842

Soalan:

Dengan penuh hormat sukacita abis kaola ingin merujuk mengenai muzik dan penggunaannya.Dalam hubungan ini, pihak Kementerian Pendidikan ingin mengetahui jenis peralatan muzik yang dibolehkan atau sebaliknya bagi kegunaan sekolah supaya mendhindarkan daripada perkara-perkara yang bertentangan dengan hokum-hukum agama islam. Oleh yang demikian, Kementerian ini amat berbesar hati kiranya pihak pehin dapat memberikan senarai peralatan yang dimaksudkan itu dan pandangan islam terhadap muzik untuk abis kaola jadikan panduan.

Jawapan:

Mukaddimah:

Muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah yang menyenangkan. Perkataan muzik berasal daripada bahasa Yunani daripada kata “Mousike” yang diambil daripada nama dewa atau tuhan Yunani kuno yang bernama mouse, yang mengikut kepercayaan mereka adalah tuhan mereka yang mengetuai bidang seni dan ilmu.Asal usul muzik belum jelas, tetapi dapat dipastikan bahawa muzik mula digunakan di dalam sebahagian upacara keagamaan di kalangan masyarakat primitif. Kemudian dalam masyarakat moden sekarang ini, muzik juga masih dipakai sebagai salah satu unsure dalam upacara agama tertentu.Muzik tidak boleh lari daripada alat atau alat-alatnya kerana daripada alat-alat inilah timbulnya alunan bunyi dan irama yang disebutkan di atas, sama ada ia berbentuk: