Siapakah yang layak berpoligami?

Soalan:
Suami saya ingin berkahwin lagi walaupun saya telah melayannya dengan sebaik-baiknya.Saya kecewa dengan sikapnya.

Jawapan:
Tiada isteri yang suka dimadukan. Justeru itu, kebanyaka wanita menentang poligami. Namun begitu, bukan semua suami layak berpoligami.


Suami yang boleh berpoligami:
1. Iman yang kuat.
Suami yang takut kepada Allah dan tidak melakukan dosa sama ada di tempat terang atau gelap. Tidak sanggup berbohong dan menzalimi isteri.
Jauhilah kezaliman, sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat. Jauhilah kekikiran, sesungguhnya kekikiran telah membinasakan (umat-umat) sebelum kamu, mereka saling membunuh dan menghalalkan apa-apa yang diharamkan. (HR. Bukhari)


2.Ilmu agama yang cukup
Ilmunya boleh membimbing isteri ke jalan Allah. Boleh menasihati isteri dengan syariat. Ilmunnya boleh mensejahterkan rumah tangga.

3.Berakhlak mulia.
Perangainya senonoh. Cakapnya didengari dan dihormati. Tidak bertindak melulu dan bersikap adil.
'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam selalu membagi giliran terhadap para istrinya dengan adil. Beliau bersabda: "Ya Allah, inilah pembagianku sesuai dengan yang aku miliki, maka janganlah Engkau mencela dengan apa yang Engkau miliki dan aku tidak memiliknya." Riwayat Imam Empat. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban dan Hakim. Tirmidzi lebih menilainya sebagai hadits mursal.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barang siapa memiliki dua orang istri dan ia condong kepada salah satunya, ia akan datang pada hari kiamat dengan tubuh miring." Riwayat Ahmad dan Imam Empat, dan sanadnya shahih.


4.Bijaksana .
Berkebolahan menyelesaikan masalah. Boleh menyelesaikan masalah dengan bijak lebih-lebih lagi jika berbilang ieteri.

5.berkemampuan dalam memberi nafkah
Mestilah cukup ongkos untuk membiayai isteri-isteri dan anak-anak.Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, "Apa hak isteri terhadap  suaminya?" Nabi Saw menjawab, "Memberi isteri makan bila kamu makan, memberinya pakaian bila kamu berpakaian, tidak boleh memukul wajahnya, tidak boleh menjelek-jelekkannya dan jangan menjauhinya kecuali dalam lingkungan rumahmu. (HR. Abu Dawud)

6.berkemampuan dalam hubungan suami isteri.
Sebagaimana wajibnya isteri melayan suami, sebegitulah kewajiban suami melayan iseri jika isteri berkehendak.

Islam membenarkan berkahwin lebih dari satu tetapi tidak semua kes sama. Ada yang wajib berkahwin lagi, ada yang makruh, ada yang harus dan ada yang haram bergantung kepada situasi. Kita tidak boleh pukul rata guna satu hukum untuk semua kes kerana kes-kes yang berbeza memerlukan keputusan jawapan yang berbeza. Lagi pula Allah Maha bijaksana. Allah yang membenarkan poligami maka tiada sebab untuk kita menentang al-Quran. Cuma, kita harus ingat bahawa jangan sampai poligami akan membawa suami ke neraka.

Wallhu a'lam.
salam.


Hari lahir saya ialah 21 Disember 1971. Maknanya pada 21 Disember 2011, umur saya mencecah 40 tahun. Saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk merasai hidup dalam usia 40 tahun. Alhamdulilah. Pada usia 40 tahun, saya sudah mula memasuki fasa baharu dalam hidup. Saya sudah dikategorikan sebagai dewasa dan matang. Istilah remaja sudah ditinggalkan. Dalam menginjak usia sebegini , sudah tentu ada banyak butir-butir kenangan yang ditinggalkan dan ada harapan dalam jiwa untuk hidup 40 tahun lagi, Insya Allah. Namun terkadang, hati ini mengarahkan otak untuk berfikir. Adakah bekalan sudah cukup untuk menghadap Allah? Jawapannya sudah tentu belum. Ini kerana raja' dan khauf yang sentiasa mengemudi hati secara seimbang akan menjadikan saya selalu berharap di samping rasa takut kepada Allah.


Terus terang saya katakan pada usia sebegini, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana sudah mempunyai kebahagiaan dalam hidup. Saya dianugerahkan seorang isteri yang solehah, anak-anak yang soleh dan solehah, ada kerjaya, ada peluang untuk beribadat, ada sedikit ilmu untuk dikongsi, ada ibu yang sangat sayang kepada anak-anak, ada mentua yang sangat baik, ada kawan-kawan yang beriman dan persekitaran yang kondusif dan tiada pencemaran alam.


Pada hari jadi tahun 2011 ini, isteri saya(39), menghadiahkan saya sebuah basikal, anak pertama (14) menghadiahkan baju, anak kedua(11)  tali leher, anak ketiga (5) baju dan anak keempat (9 bulan) menghadiahkan senyuman. Saya sungguh gembira dengan cara ,mereka melayan saya. Mereka adalah aset saya. Mereka merupakan anugerah Allah dan Amanah yang perlu dilaksanakan secara betul mengikut al-Quran dan al-Sunnah.


Basikal hadiah jenama 'Asogo'
www.asogo.com

Anak perempuan yang hadiahkan

anak lelaki yang hadiahkan

anak ketiga hadiahkan

bag hadiah baju


bag hadiah baju

bag hadiah tali leher


Saya berharap agar kebahagiaan ini berterusan hingga akhir nanti.



Guru sambut baik pemansuhan



Warga guru di negara ini lega dan menyambut baik sambil mengalu-alukan keputusan kerajaan tidak meneruskan projek perintis di empat negeri yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari bermula Januari pada sesi persekolahan 2012.
Yang Dipertua Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Ahmad Malie berkata, pemansuhan cadangan itu amat wajar kerana ia tidak relevan dilaksanakan memandangkan tugas guru amat unik dan berbeza dengan para penjawat awam yang lain.
Katanya, KGBS sejak awal lagi tidak menerima serta menentang sekeras-kerasnya cadangan untuk melaksanakan masa bertugas guru selama sembilan jam yang dianggap tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
"Guru kerap kali ditugaskan membawa murid-murid terlibat dengan aktiviti di luar bilik darjah di samping tugasan menyemak buku latihan murid di rumah atau pada waktu malam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari itu dibatalkan.
Langkah itu menurut Muhyiddin, adalah bertujuan untuk mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.
Katanya, ia tidak perlu perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini.
Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat ( KGMMB), Mohamad Sabri Mohd Arsad menyifatkan tindakan tersebut sangat wajar kerana Kementerian Pelajaran belum menyediakan prasarana lengkap bagi tujuan tambahan kerja wajib sembilan jam.
Beliau berpendapat Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu menyediakan pembantu guru untuk menjalankan tugas-tugas perkeranian, pusat sumber, data serta pentaksiran dan sebagainya.
"Pada masa sama kerajaan perlu mengambil kira pelbagai aspek sokongan seperti tempat persalinan yang sesuai kepada guru terutama guru perempuan, jika tidak tandas akan menjadi pilihan terakhir.
"Bagi sekolah dua sesi pula, pihak kementerian perlu memikirkan kemudahan tempat letak kereta untuk tidak menimbulkan masalah kerana masing-masing sibuk mengejar masa," katanya.
Mohamad Sabri juga berharap supaya pembekalan perabot seperti kerusi, meja, dan almari untuk keperluan seorang guru sahaja tidak mahu berkongsi yang menyukarkan pengurusan.
Tegasnya, kemudahan penghawa dingin perlu disediakan disekolah kerana kebanyakannya tidak disediakan secara menyeluruh. Ini untuk keselesaan guru menjalankan tugas sehingga petang.
Seorang Guru Penolong Kanan SMK Jengka Pusat, Mohd Rozi Mat Sani,44, berpendapat warga guru sentiasa akur dengan sistem dan dasar pelajaran yang digubal pakar dalam bidang pendidikan.
"Pihak kementerian pastinya sudah membuat kajian mendalam berkaitan rasional sistem waktu bekerja sembilan jam mulai sesi persekolahan Januari 2012 dibatalkan," katanya.
Manakala Roslaily Alias, 30, pula memuji langkah proaktif Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia yang menarik balik projek rintis 5,000 guru di empat negeri bekerja sembilan jam mulai tahun hadapan.
"Walau bagaimanapun guru sentiasa akur berkhidmat dengan penuh jiwa raga selari dengan sumpah keramat untuk berbakti kepada anak bangsa supaya berdaya saing diperingkat global,'' katanya.


PETRONAS Tamat Taja Ariff Alfian


24 Muharram 1433H.

KUALA LUMPUR – PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.

PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

“Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

“PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland.

Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.

“Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.

“Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi bagi keperluan bakal pelajar tajaan PETRONAS pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu. – Berita Harian Online

Gerhana Bulan 2011

3,000 saksi gerhana bulan penuh


Gerhana bulan penuh yang dirakam di Johor Bahru, malam tadi. – Mingguan/ raja jaafar ali


KUALA LUMPUR 10 Dis. – Kira-kira 3,000 pengunjung bertumpu di Planetarium Negara untuk menyaksikan gerhana bulan penuh yang terakhir pada tahun ini bermula pukul 7.35 malam hingga 1.30 pagi.
Fenomena itu hanya dapat disaksikan semula oleh rakyat Malaysia pada 2014.
Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari dan Timbalannya, Dr. Nordin Ahmad turut menyertai orang ramai menyaksikan fenomena itu.
Azreena ketika ditemui berkata, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan apabila ia melintasi bayang bumi.
“Gerhana pada malam ini bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.
“Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam ini.
“Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam ini,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysai

Berdosa

Ini  lukisan Zamir berusia yang 5 tahun. Dia membawa kita kepada satu situasi iaitu, seorang ibu yang mengandung sedang menjaga seorang anak lelaki. Malang nasibnya apabila kakinya terpijak kayu dan kereta mainan. Ibu ini jatuh dan menjerit.
Zamir (artis)  memberi tahu kepada saya bahawa perbuatan meletakkan mainan merata-rata adalah berdosa. Justeru itu, dia memberikan tajuk 'Berdosa' untuk hasil lukisan ini.
Artis (Zamir) membuat lukisan ini sendiri, tanpa bantuan sesiapa. Itulah telatah anak ketiga kami, Haziq Zamirzahwan.

UCAPAN BAJET TAHUN 2012

By  :  DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue  :  DEWAN RAKYAT, PARLIMEN
Date  :  07/10/2011
Title  :  UCAPAN BAJET TAHUN 2012

UCAPAN BAJET TAHUN 2012 

Oleh

YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

KETIKA MEMBENTANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2012)

DI DEWAN RAKYAT
PADA JUMAAT, 7 OKTOBER 2011

“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL:
BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”




Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

MUQADDIMAH

Saya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim.

Tuan Yang di-Pertua,

Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam Al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti.

Selamat Hari Raya I'dul Fitri 1432H


Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Lebaran, Maaf Zahir dan Bathin.
Semoga amalan kita diterima oleh Allah. Jika ada kesilapan dan kesalahan daripada pihak kami, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Allah itu indah dan suka yang indah indah.

Bersahur pada Ramadhan 1432H


 Semua tidur...




 Zamir Berbuka Puasa.
 Pada hari kelima, Zamir mula berpuasa penuh
Anak-anak bersahur. Telatah anak-anak.

Buat Biskut

Salam  Keimanan dan Ketakwaaan. Alhamdulilah kita telah berjaya melepasi bulan puasa. Hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum menjelangnya Idul Fitri. Syukur kepada Allah Tabarakallahu Taala kerana mengizinkan kita hidup untuk menambah bekalan amalan baik sebelum bertemu Khaliq Yang Maha Besar, Tuhan kita Allah. Pada hari ini, isteri dan anak-anak sedang membuat biskut raya. Beliau memang suka membuat kuih raya kerana ujarnya, ia akan menambahkan ilmu serta dapat menambah kuih untuk hari raya ini. Namun begitu, kuih yang siap dibuat akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu set pertama, untuk rumah sendiri, set kedua untuk rumah ibu mertua dan set ketiga untuk rumah ibu sendiri. Memang besar jumlahnya namun itulah sedikit amalan untuk mereka . Moga ia dikira usaha untuk menggembirakan hati ibu bapa. Ketahuilah bahawa tangisan kegembiraan ibu dan bapa akan memadamkan api neraka yang akan membakar kita, Insya Allah.

Di bawah ini disertakan gambar sebahagian  biskut yang telah siap. Tahun ini isteri bersemangat untuk membuat sekurang-kurangnya sebelas jenis biskut. Mudah-mudahan berjaya.

biskut yang sudah siap


proses kedua tahap kedua



sebahagian daripada peralatan, senjata dan bahan


biskut cinta sulam rindu


biskut anugerah ramadhan


biskut anugerah kasih

biskut  coklat zebra


Sesungguhnya minat, kesungguhan dan ketekunan adalah resepi kejayaan untuk membuat biskut. Marilah membuat biskut kerana sebenarnya ia bukanlah terlalu mudah untuk dibuat, juga bukan terlalu sukar untuk dibuat dan bukan mustahil untuk berjaya. Wabillahil hidayah wat taufiq.

Musafir di I'dul Fitri

S. Jibeng

Musafir Di Aidil Fitri

Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri

Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri

( korus )
Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita

Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri

Ke Halaman Utama

Solat Tarawikh

Salam.
Sudah hampir separuh Ramadhan..
Tahniah kepada yang masih terus tidak jemu-jemu meraih janji Allah.
Namun begitu, kepada para imam yang mengetuai solat..
Marilah bersama memperbaiki bacaan al-Quran. Betulkan makhraj huruf.
Makmum zaman ini juga sudah ramai yang celik al-Quran.
Mereka juga tahu tajwid.
Mudah-mudahan bacaan imam kita sentiasa ke arah kesempurnaan.