STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan
adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.

Sekolah

Di sekolah, guru-guru saban tahun menerima beberapa jumlah murid seperti ini. Wajah mereka bercahaya lantaran mereka insan yang tidak berdosa yang dahagakan ilmu dan inginkan kejayaan. Namun, suatu ketika nanti, mereka akan tahu siapa mereka dan mungkin mereka akan menaruh dendam terhadap ibu mereka. Walaupun mereka bersyukur kerana dapat melihat dunia namun, meraka datang secara haram dan mereka ialah  insan yang terputus nasab (keturunan) kerana mereka tiada bapa.

Langkah

Berdasarkan angka-angka itu, suatu pelan strategik perlu dibincangkan dan kemudian dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Selepas dilaksanakan, satu penilaian perlu dilakukan dan kemudian jika berjaya, alhamdulilah , kekalkan. Seandainya tidak berjaya, satu usaha baru perlu digerakkan untuk mencapai objektif yang diharapkan.

Semua pihak memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Namun begitu, apa yang saya nampak, kita tidak ambil peduli tentang semua itu. Kita hanya mengejar wang, pangkat, kedudukan politik dan hal-hal remeh seperti produk tongkat Ali, kopi janda,  berpoligami dan sebagainya. Kita seolah-olah tidak kisah tentang hal yang sebegitu serius ini. Semakin banyak pusat pengajian tinggi, semakin banyak NGO, semakin banyak forum, semakin banyak dikusi, semakin banyak ceramah, semakin banyak buku dikeluarkan namun semakin banyak jugalah statistik yang menggerunkan ini bercambah.

Saya fikir, kemungkinan roh perjuangan Islam itu tidak ada. Mungkin juga, kita sudah ditimpa bala daripada Allah lantaran sikap manusia yang alpa. Namun begitu,  saya masih tetap yakin dengan potensi diri masyarakat Melayu kita yang beragama Islam. Jika kita sentiasa mengingat Allah, Allah akan bersama kita.

Akhir bicara,

"Maka datanglah sesudah mereka (nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w dan umat mereka) pengganti-pengganti yang menyia-nyiakan sembahyang dan mengikut hawa nafsu, maka mereka kelak akan menerima bencana" al-Quran-19-59.

Wallhua'lam.

Sembahyang Berjemaah Yang Sengal

Jika kita berhasrat untuk ke masjid , bersembahyang berjamaah, itu suatu yang sangat mulia. Sebelum pergi kemasjid, suatu yang sepatutnya diambil peduli ialah ketrampilan diri. Saya sangat tidak selesa apabila sembahyang berjemaah bersebelahan dengan insan yang bajunya berbau masam dan kain yang tidak kurang baunya. Kemudian,