IBU DATANG MELAWAT

 
Pada 15/3/2011, ibu telah melawat kami sekeluarga untuk menziarahi anak kami yang keempat iaitu cucu ke-6 bagi beliau. Beliau sangat gembira dengan kelahiran ini walaupun terpaksa melalui pembedahan.

saat Kelahiran putera kami


Pada 8/3/2011, isteri saya telah melahirkan anak lelaki pada tepat jam 3:53 petang. Bayi lelaki tersebut seberat 3.40 kg telah disambut oleh Dr Tan di Pusat Pakar Bersalin Tan. Ahamdulilah semuanya selamat.
Mengenang kembali saat-saat kelahiran itu, rasa sakit hendak bersalin telah mula dirasai pada jam 4:00 pagi pada hari yang sama. Maka pada jam 11:00 pagi, kami pergi ke pusat bersalin tersebut Sesampainya di sana, bukaan telah sampai ke 3 cm. Ini bermakna dalam lebih kurang jam 4:00 petang, kemungkinan kelahiran akan berlaku.
Malka pada jam 2:00 petang, saya bersolat Zuhur dan kemudian bersolat hajat meminta pertolongan Allah. manakala isteri pula terus meminum air selusuh sebagai ikhtiar . Namun begitu, Allah maha berkuasa. Iseri tidak boleh mnegeluarjan bayi walaupun telah mencuba. Dr meminta kebenaran saya untuk melakukan pembedahan. Dengan rasa berdebar, tandatangan diberi. Saya mengadu kepada Allah sekali lagi. Dengan keyakinan kepada Allah, saya beroslat hajat sekali lagi. Akhirnya, beliau dibedah dan Allah menghendaki mereka berdua selamat dan sihat. Alhamdulilah.

Haziq maju dalam olahraga

Pada 9/2/2011, kejohanan olahraga kelompok telah berlangsung. Anak kedua kami, Haziq hadifhazmi mengambil bahagian dalam acara lumba lari dan lompat jauh. Beliau mendapat johan dalam lompat jauh dan mewakili kelompok untuk ke peringkat daerah yang berlangsung di Stadium Sabak Bernam.

Khatam al-Quran

Pada 12/02/2011, satu majlis walimatul urus telah dilangsungkan di rumah Ayahanda Mertua. Majlis itu dimulakan dengan menitik inai pada hari sebelumya dan kemudian majlis khatam al-quran pada jam 9:00 pagi 12/02/2011. Majlis aqad nikah dilaksanakan pada jam 11:00 pagi pada tarikh yang sama.Majlis aqad nikah itu ialah di antara anak saudara saya Nurul dan pasangannya Zul.

Anak kami yang sulung terlibat dengan majlis berkatam ini. Beliau duduk di tengah-tengah diapit oleh doa orang sepupu beliau. Bacaan mereka ditasmik oleh Ibnu Ja'far al-Jawharey. Semoga Allah memberkati segala usaha kita.









Persiapan Menyambut Orang Baharu

Potongan harga di TESCO
Baju Bayi
Sedang memilih pakaian bayi
Mencari botol susu
Pelbagai jenis
Ada apa di atas itu?
Ini gambar keluarga sewaktu mencari barangan untuk keperluan bayi yang telah dirakam pada 23/12/2010. Pada saat itu, kami memilih botol susu, bahan mandian, baju dan lain-lain. Persiapan berjalan lancar.