Liberalisma dan Pluralisma Agama


Liberalisma pada asalnya ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks dan aplikasinya dalam sesebuah negara.
HUKUM TIDAK MAHU BERKAHWIN 


SOALAN:
Saya seorang hamba Allah yang telah separuh usia tetapi hingga kini masih belum berkahwin kerana masalah-masalah peribadi. Sejak akhir-akhir ini saya kerap dipermainkan oleh kawan-kawan kononnya saya membelakangkan sunah nabi dan sekali gus saya tidak diakui umatnya.

Masalah Rambut Gugur Anak-Anak

-Hair Loss | Hair Loss | Rambut Gugur
Rambut anak-anak akan kehilangan jarang berlaku, tetapi bayi yang baru lahir setelah lahir, rambut janin penumpahan akan berlaku, sementara rambut tumbuh keluar lagi, mungkin diperlukan waktu yang sangat lama, sehingga bayi anda mungkin beberapa bulan selepas melahirkan tidak ada rambut. Bayi juga boleh disebabkan oleh geseran malar yang disebabkan oleh hilangnya rambut kepala.

Lima perkara yang lebih kerap saya lakukan dengan Maxis Wifi dan iPad

Walaupun tablet seperti iPad dan Samsung Galaxy Tab adalah semakin popular kini, ianya masih dilihat sebagai gajet mewah yang hanya dimiliki oleh orang yang mampu sahaja. Ianya tidaklah dilihat sebagai suatu keperluan seperti komputer ataupun smartphone.

Khutbah Jumaat - Etika Kerja Islami

 Sidang jumaat yang di rahmati Allah,
Marilah sama-sama kita tingkatkan kualiti iman dan takwa kita dengan mengamalkan etika kerja yang sebaik-baiknya.Semoga ia terhitung sebagai amal soleh yang diterima disisi Allah S.W.T.
Pada dasarnya Islam mengajar umatnya supaya bersikap optimis dalam menjalani kehidupan ini.

Sikap optimis itu pula haruslah berdasarkan kepada kemampuan bekerja dan berikhtiar disertakan ketekunan dan sistematik tersusun dan terus-menerus. Sebab tanpa adanya kerja keras yang dilakukan oleh manusia, maka Allah tidak akan memberi pertolongan. Selain itu, Islam juga mengajar umatnya agar mempunyai keyakinan dan percaya diri. Setiap individu muslim harus mempunyai tekad dan keazaman, bahawa hari esok haruslah lebih baik dari hari ini, kerana itulah ajaran Islam sentiasa mendorong, memberi motivasi dan memerintahkan umatnya bekerja, berusaha dan berikhtiar demi mencapai kesejahteraan dan kegemilangan dalam hidup.
Masalahnya realiti kehidupan umat Islam sekarang masih jauh dari apa yang diharap-harapkan dan diidam-idamkan. Sememangnya terdapat segelintir dari kita yang mempunyai semangat kerja yang teguh, semangat keusahawanan yang tinggi serta mampu berdikari dan tidak mengaharapkan bantuan atau subsidi dari mana-mana pihak.Walaubagaimanapun sikap malas, membuang waktu, acuh tak acuh, tiada jati diri dan tidak kreatif masih menjadi ciri khas masyarakat kita. Fenomena ini terbukti dengan adanya kenyataan bahawa kita tidak produktif. Kita hanya cenderung menerima dan menggunakan hasil ciptaan bangsa lain, sedangkan sejarah mencatat bahawa dari kalangan umat Islam adalah orang yang pertama menjadi pencipta untuk orang lain seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldum, Al-Farabi, Ibnu Rashid, Al-Khawarizmi dan sebagainya.
Kaum muslimin Rahimakumullah,
Sebenarnya banyak ayat Al-Quran mahupun Hadis yang mendorong manusia agar giat dan tekun bekerja. Ajaran Islam kaya dengan prinsip-prinsip yang memberi motivasi kepada pemeluknya agar memiliki disiplin kerja untuk meningkatkan pertubuhan ekonomi. Menurut ajaran Islam, kerja adalah amal soleh kerana termasuk kegiatan bermanfaat bagi diri dan masyarakat. Oleh kerana itu, Islam memandang mulia orang yang bekerja. Didalam surah Al-Jumuah ayat 10 Allah S.W.T berfirman :
[Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi Allah (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah S.W.T ].
Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W menyatakan :
[Barang siapa mencari rezeki yang halal supaya dapat mengatasi segala permasalahan dalam kehidupannya serta untuk memberi nafkah kepada keluarganya supaya terhindar dari mengharapkan balasan ihsan jirannya, maka ia akan berjumpa Allah S.W.T dengan wajah seperti bulan purnama].
Jelasnya, Islam mewajibkan umatnya mencari nafkah untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya. Nafkah yang dimaksudkan termasuklah makan, minum, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
Selain dari itu, Islam juga menganjurkan umatnya memiliki kemampuan dan kepakaran yang boleh memberi sumbangan dan manfaat kepada umat Islam seluruhnya serta mampu mempertahankan maruah dan kedaulatan Islam. Dalam hal ini termasuklah kekuasaan ekonomi, ilmu dan teknologi, kekuasaan politik dan persenjataan serta ikatan perpaduan yang kukuh.
Firman Allah S.W.T :
[Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk-rantaunya serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T].
(Surah Al-Mulk ayat : 15)
Sidang jumaat Rahimakumullah,
Etika-etika kerja seperti yang digambarkan tadi jelas dapat memacu umat Islam untuk bekerja keras dalam rangka mencapai kemakmuran dan memartabatkan Islam. Di zaman yang serba mencabar ini, kesedaran umat Islam terhadap cita-cita pembangunan dan kemajuan tentu mempunyai pengaruh yang besar. Umat Islam seharusnya menyahut seruan dan cabaran zaman dan berada di barisan hadapan untuk menghasilkan penemuan-penemuan besar melalui kerja dan usaha yang berkualiti.
Untuk meningkatkan kualiti kerja yang sesuai dengan tuntutan zaman, tentunya umat Islam, perlukan sumber daya manusia yang berkualiti tinggi, baik dari segi keimanan, ketaqwaan dan akhlak mahupun ilmu dan amal soleh. Disini perlu di beri penekanan bahawa dalam apa shaja bidang yang diceburi pasti memerlukan pengetahuan, keterampilan dan kepakaran. Itulah sebabnya Islam menegaskan bahawa manusia yang berhak menduduki posisi terhormat dalam kehidupan ini adalah mereka yang beriman dan berilmu pengetahuan. Firman Allah S.W.T :
[Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu, dan orang-orang yang diberi pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat].
(Surah Al-Mujadalah ayat : 11)
Oleh kerana itu, setiap bidang yang dipilih oleh seseorang hendaklah di landasi oleh keterampilan dan kemahiran yang mencukupi. Skill itu pula haruslah digilap dan ditingkatkan dari masa ke semasa agar tidak ketinggalan dan tetap berdaya saing. Selain itu yang terpenting adalah persiapan mental, sebab sikap mental yang baik adalah kunci kejayaan seseorang yang menekuni sesuatu bidang. Hal ini telah dibuktikan melalui pengamatan dan penilaian bahawa prestasi kerja seseorang sangat di tentukan oleh sikap mentalnya yang lazimnya sikap mental itu pula banyak di tentukan oleh nilai-nilai yang di yakininya.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya kita harus sedar bahawa sebagai angkatan kerja muslim, selain memiliki skill yang tinggi, yang lebih utama adalah kita haruslah memiliki persiapan mental kerja yang selaras dengan nilai-nilai Quran. Secara prinsipnya Al-Quran telah mengingatkan bahawa amal atau kerja yang bernilai di sisi Allah S.W.T. adalah kerja yang di lakukan di atas dasar iman dan ikhlas kepada Allah S.W.T. Walaupun sesuatu kerja yang di pandang hebat dan mulia, namun dalam masa yang sama tidak di dasarkan kepada iman dan ikhlas kepada Allah S.W.T., maka segalanya adalah sia-sia. Hal ini di jelaskan oleh Allah S.W.T. yang berbunyi :
[Katakanlah wahai Muhammad, mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya, amal-amal perbuatannya?, (iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya, oleh itu gugurlah amal-amal mereka, maka akibatnya kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuknya menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak].
(Surah Al-Kahfi ayat 103-105)
Ayat-ayat tadi menjelaskan bahawa kerja-kerja yang baik yang tidak di dasari iman adalah sia-sia sekalipun di sertai etika dan disiplin kerja yang tinggi. Sebab suatu amal itu baru dinilai "Soleh" bila ia di pancarkan dengan cahaya iman. Dengan kata lain amal soleh adalah penjelmaan nilai-nilai iman seseorang dalam bentuk kerja. Sehingga iman yang tidak di zahirkan dalam bentuk amal soleh dan kerja yang nyata bukanlah sebenar-benar iman menurut pandangan islam.
Di samping itu dalam diri kita perlu ditanam keyakinan bahawa pada hakikatnya Allah S.W.T. tidak menilai sesuatu kerja hanya dari segi apa yang di hasilkan, tetapi lebih di titikberatkan dari segi apa yang telah di usahakan. Ertinya, Allah menyukai prosesnya daripada hasilnya. Oleh itu nilai kerja atau amal soleh itu terletak pada kualiti cara bagaimana pekerjaan itu di lakukan. Bukan pada hasil yang dicapai. Sedarilah bahawa hasil dari sesuatu pekerjaan adalah di tentukan oleh nasib dan takdir, sedangkan proses dari pekerjaan itu lebih di tentukan oleh kadar ikhtiar manusia dan kualiti kemahirannya.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Sebelum mengakhiri khutbah ini, adalah di anggap perlu kita mengingatkan dan menghayati kembali pemahaman keislaman kita tentang hubungan kerja dengan ibadat. Sesungguhnya masih ramai di kalangan kita yang tidak begitu memahami dan menghayati makna serta tujuan kerja menurut islam. Masih ramai di kalangan kita yang mementingkan keuntungan dan kekayaan peribadi semata-mata juga demi kesenangan hawa nafsu sahaja. Pada hal islam memerintahkan manusia untuk berusaha dan bekerja di dunia ini semata-mata untuk menunjang ibadat bukannya untuk bermegah-megah. Harta kekayaan dan kekuasaan yang kita hasilkan dari keringat kita sendiri itu janganlah hendaknya di jadikan matlamat terakhir, tetapi jadikanlah kekayaan dan kekuasaan itu sebagai alat untuk mencapai pengabadian diri kita kepada Allah S.W.T. dan alat untuk kita menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat.
18.05.2001.