Buat Biskut

Salam  Keimanan dan Ketakwaaan. Alhamdulilah kita telah berjaya melepasi bulan puasa. Hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum menjelangnya Idul Fitri. Syukur kepada Allah Tabarakallahu Taala kerana mengizinkan kita hidup untuk menambah bekalan amalan baik sebelum bertemu Khaliq Yang Maha Besar, Tuhan kita Allah. Pada hari ini, isteri dan anak-anak sedang membuat biskut raya. Beliau memang suka membuat kuih raya kerana ujarnya, ia akan menambahkan ilmu serta dapat menambah kuih untuk hari raya ini. Namun begitu, kuih yang siap dibuat akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu set pertama, untuk rumah sendiri, set kedua untuk rumah ibu mertua dan set ketiga untuk rumah ibu sendiri. Memang besar jumlahnya namun itulah sedikit amalan untuk mereka . Moga ia dikira usaha untuk menggembirakan hati ibu bapa. Ketahuilah bahawa tangisan kegembiraan ibu dan bapa akan memadamkan api neraka yang akan membakar kita, Insya Allah.

Di bawah ini disertakan gambar sebahagian  biskut yang telah siap. Tahun ini isteri bersemangat untuk membuat sekurang-kurangnya sebelas jenis biskut. Mudah-mudahan berjaya.

biskut yang sudah siap


proses kedua tahap kedua



sebahagian daripada peralatan, senjata dan bahan


biskut cinta sulam rindu


biskut anugerah ramadhan


biskut anugerah kasih

biskut  coklat zebra


Sesungguhnya minat, kesungguhan dan ketekunan adalah resepi kejayaan untuk membuat biskut. Marilah membuat biskut kerana sebenarnya ia bukanlah terlalu mudah untuk dibuat, juga bukan terlalu sukar untuk dibuat dan bukan mustahil untuk berjaya. Wabillahil hidayah wat taufiq.

Musafir di I'dul Fitri

S. Jibeng

Musafir Di Aidil Fitri

Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri

Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri

( korus )
Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita

Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri

Ke Halaman Utama

Solat Tarawikh

Salam.
Sudah hampir separuh Ramadhan..
Tahniah kepada yang masih terus tidak jemu-jemu meraih janji Allah.
Namun begitu, kepada para imam yang mengetuai solat..
Marilah bersama memperbaiki bacaan al-Quran. Betulkan makhraj huruf.
Makmum zaman ini juga sudah ramai yang celik al-Quran.
Mereka juga tahu tajwid.
Mudah-mudahan bacaan imam kita sentiasa ke arah kesempurnaan.