Berdosa

Ini  lukisan Zamir berusia yang 5 tahun. Dia membawa kita kepada satu situasi iaitu, seorang ibu yang mengandung sedang menjaga seorang anak lelaki. Malang nasibnya apabila kakinya terpijak kayu dan kereta mainan. Ibu ini jatuh dan menjerit.
Zamir (artis)  memberi tahu kepada saya bahawa perbuatan meletakkan mainan merata-rata adalah berdosa. Justeru itu, dia memberikan tajuk 'Berdosa' untuk hasil lukisan ini.
Artis (Zamir) membuat lukisan ini sendiri, tanpa bantuan sesiapa. Itulah telatah anak ketiga kami, Haziq Zamirzahwan.

UCAPAN BAJET TAHUN 2012

By  :  DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue  :  DEWAN RAKYAT, PARLIMEN
Date  :  07/10/2011
Title  :  UCAPAN BAJET TAHUN 2012

UCAPAN BAJET TAHUN 2012 

Oleh

YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

KETIKA MEMBENTANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2012)

DI DEWAN RAKYAT
PADA JUMAAT, 7 OKTOBER 2011

“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL:
BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”




Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

MUQADDIMAH

Saya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim.

Tuan Yang di-Pertua,

Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam Al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti.