tukar absorber kereta

Hari ini 25/1/2012, saya pergi ke kedai servis kereta orang Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar) kerana pusat servis India dan Cina masih tutup sempena TBC/CNY. Saya bertanya kepada taukey kedai Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar)  tentang tukar absorber depan kereta Honda Accord 2.2 saya.

Dengan hebatnya beliau menjelaskan bahawa siap pasang jumlahnya ialah RM 510.00. Saya rasa sedikit panas kerana sebelum ini, saya tanya kepada Maju Klinikar, jumlahnya cuma RM380.00. Taukey kedai Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar) itu dengan bangganya menjelaskan bahawa harga sebatang pun RM 200 lebih. "Itu pun bukan jenama Honda, kalau Honda lebih mahal"..katanya, menakut-nakutkan saya pengguna yang boleh dimakan ini.

Saya terasa tertipulah..bukan apa takkanlah harganya tinggi sangat!. Saya pun bergerak mencari kedai spare part sendiri. Ha dapat pun..harganya cuma RM 155.00. Saya beli kiri dan kanan, harganya RM 310.00 sahaja. "Ini yang ori", kata taukey spare part itu."Saya tak jual yang tak ori"..Dalam hati aku berkata:" Aku kene kelentong dengan taukey Melayu  jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar) servis kereta ni."

Aku mintak kedai  Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar), tolong tukarkan absorber sebab aku dah beli sendiri. Dia setuju dan upah untuk pasang, kedai Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar)mintak RM60.00.

Sekian , terima kasih kepada Kedai Melayu jenama Nak Kaya Cepat (bukan nama sebenar)yang telah membantu saya.






Hari Pertama Zamir ke pra-sekolah

Pada 4/1/2012, Zamir mula melangkahkan kaki ke alam pra-sekolah. Keinginannya sangat kuat. Mudah-mudahan dia kan menjadi anak yang soleh dan baik. Insya Allah.

Lawatan pada hari pembedahan ibu mertua

Kang Abib, Kang Wat karo Kak Zah di hadapan zon masuk ke CCU/ICU

Wife kiri sekali, kak zah, kang abaib, kang wat karo aku

Masih membincangkan perkembangan ibu mertua

Pandangan belakang Hospital Fatimah

Dewan Bedah

Aniq tidur

Pada hari ini, 10/1/2012, ibu mertua dibedah bermula pada jam 1200 tengah hari dan berakhir 5 jam kemudian. Semua anak dan menantu berkumpul di hospital Fatimah untuk bersama menyokong dan mendoakan kesihatan ibu mertua. Ibu mertua telah mengalami keadaan di mana salur darah di kepalanya telah pecah di tiga tempat. Satu poit yang besar dan dua point kecil. Langakh yang dilakukan oleh pakar ialah menyedut darah yang telah pecah di bahagian otak, kemudian menampal saluran darah yang pecah. Alhamdulilah setakat semalam pada pukul 6 petang, sebelum kami berangsur ke tempat rehat masing-masing, beliau dalam keadaan 50% pulih. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Mengetahui.