Atasi Sakit Jantung


Sakit jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia.
Pelbagai faktor yang mempengaruhi serangan jantung koronari anda.
Punca penyakit jantung anda  dibahagi kepada dua faktor, iaitu faktor boleh ubah dan faktor tidak boleh ubah,

Adakah anda mempunyai faktor boleh ubah ini:

  1. Gaya hidup tak aktif
  2. Tahap kolestrol tinggi
  3. Gaya ambilan makanan tidak sihat
  4. merokok
  5. Kegemukan
  6. Tekanan darah tinggi
  7. Kencing manis


Faktor ini anda harus terima iaitu faktor tidak boleh ubah:

  1. Sejarah keluarga
  2. Jantina( lelaki lebih berisiko)
  3. Umur 35 tahun keatas

Makanan berlemak dan sakit jantung

Kesemua faktor-faktor diatas secara umumnya berhubung-kait. Katakanlah  kesukaan anda mengambil makan tinggi lemak, terutama lemak tepu, lama kelamaan nilai kolestrol darah akan melebihi nilai 5.2 mmo/l iaitu paras normal. Anda pula tergolong dalam kategori tidak bersenam, maka berat badan anda bertambah melebehi nilai IJT( Indek Jisim Tubuh) 18.5-25. Jika anda mempunyai riwayat keluarga berpenyakit darah tinggi atau kencing manis atau kedua-duanya. Anda memang mempunyai risiko tertinggi untuk mendapat serangan jantung koronari.
Justeru itu anda dinasihatkan untuk mengamalkan ambilan makanan bersederhana dari segi kuantiti makanan dan kurangkan makanan berlemak dan tinggi garam.

Lemak tepu ke lemak tak tepu.

Kesemua makanan yang anda makan bisanya bekombinasi lemak tepu dan lemak tak tepu. Anda gunakan lemak untuk kelazatan dalam masakan. Lemak ini dalam bentuk minyak masak, marjerin dan mentega.
Ada dua jenis lemak dalam makanan anda, lemak tepu dan lemak tak tepu.

Lemak Tepu

Berbentuk pepejal dan keras di bawah suhu sejuk.
Kebanyakan sumber haiwan tetapi terdapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.
Pengambilan lemak tepu berlebihan meningkatkan tahap kolesterol darah anda dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lemak Tidak Tepu

Lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk
Sumber utama dari tumbuhan
2 jenis lemak tidak tepu :

  1. Lemak Monounsaturated ( MUFA ) seperti minyak zaiton dan minyak kelapa
  2. Lemak Polyunsaturated ( PUFA ) seperti minyak bunga matahari , minyak jagung dan marjerin lembut.

6 tip mudah amalkan gaya hidup sihat dan makan sehat untuk jantung

  1. Amalkan makanan pelbagai secara sederhana dan seimbang
  2. Tidak gemuk
  3. Kurangkan gula dan garam
  4. Kurangkan ambilan makanan tinggi lemak dan kolestrol
  5. Tingkatkan ambilan serat sayuran,buahan dan bijiran gandum lengkap
  6. Bersenam secara konsisten

Cara Memilih Minyak Masak- Untuk Mereka yang KOlesterol Tinggi


Tahukah anda bahawa bukan semua minyak masak yang terdapat di pasaran bertindak sama dalam tubuh badan kita? Ini bermaksud bukan semua minyak masak itu tidak bagus untuk kesihatan jangka masa panjang kita. Entri SS kali ini akan mengupas serba sedikit petua dan teknik memilih minyak masak dengan cara yang betul, agar anda mampu menjadi pengguna yang bijak dan adil untuk kesihatan diri anda dan keluarga anda.

Bagaimana hendak memilih minyak masak dengan cara yang bijak untuk kesihatan?
Tanpa Kolestrol?
Dakwaan minyak masak tidak mengandungi kolestrol adalah dakwaan murahan oleh syarikat-syarikat pengeluar minyak masak terutamanya minyak sawit. Ini kerana, minyak masak diekstrak daripada sumber tumbuhan yang mana sumber-sumber tumbuhan langsung tidak mengandungi kolestrol. Kolestrol hanya wujud dalam haiwan, atau sumber yang berasal daripada haiwan seperti hati ayam, telur, susu, dan sumber haiwan laut. Hanya haiwan sahaja yang menghasilkan kolestrol.
Tambahan juga kebanyakkan minyak masak berbentuk cecair pada suhu bilik dan maka dengan itu ia tidak melalui proses hidrogenasi, yakni proses penambahan atom hidrogen ke dalam struktur lipid yang bukan sahaja memejalkan minyak cair tetapi juga menghasilkan asid lemak trans dan meningkatkan kandungan kolesterol.

Tanpa Kolestrol” dan “Kaya dengan Vitamin E” merupakan fakta ‘murahan’ kebanyakkan minyak masak yang terdapat di pasaran. Hakikatnya semua minyak berasaskan tumbuhan adalah bebas dari kolestrol dan kaya dengan Vitamin E. Ianya sama seperti pernyataan ini “Belilah buah oren jenama XXX ini: ianya bebas kolestrol dan diperkaya dengan Vitamin C“. Ikutkan kalau tak tulis pun tak apa, kan?

“Ye ye.. saya tahu minyak anda tiada kolestrol dan kaya dengan Vitamin E”
.
Bukan semua minyak diproses sama
Minyak sawit boleh dipecahkan kepada 2 komponen iaitu Olein (cecair) dan Stearin (pepejal, boleh digunakan sebagai marjerin), menerusi proses yang dikenali sebagai ‘fractionation’. Kebanyakan minyak masak yang berasaskan sawit di pasaran adalah terdiri daripada komponen Olein kerana Olein ini stabil dan berbentuk cecair pada suhu bilik, menjadikan ia ideal digunakan untuk memasak atau menggoreng makanan.
Palm olein terdiri daripada 55 peratus lemak tak tepu, sebahagian besarnya adalah dari jenis lemak mono tak tepu (monounsaturated). Lemak mono tak tepu telah terbukti menjadikan jantung lebih sihat berbanding lemak tepu.
Minyak yang dinyahtulenkan (refined oil) tidak memiliki rasa dan menghasilkan asap yang banyak, bererti minyak dari jenis ini boleh digunakan untuk memasak pada suhu yang tinggi seperti menggoreng secara ‘deep fried‘. Minyak yang tidak dinyahtulenkan (unrefined oil) pula kurang melalui peringkat pemprosesan dan oleh yang demikian masih mengekalkan rasanya yang asli, berkualiti tinggi, tetapi anda harus berhati-hati tentang penggunaanya kerana minyak sebegini tidak boleh digunakan pada suhu yang terlalu tinggi, apatah lagi menggunakannya ketika menggoreng ‘deep fried‘. Contoh minyak yang telah dinyahtulenkan adalah kebanyakkan minyak sawit yang terdapat di pasaran, manakala contoh minyak yang tidak dinyahtulenkan adalah minyak zaitun dan minyak kelapa (ekstrak dari isi kelapa).
Komponen asid lemak dalam minyak
Komponen asid lemak dalam minyak yang berasaskan tumbuhan (sayuran, sawit, jagung, zaitun) adalah terdiri daripada kombinasi asid lemak berikut dan disusun dari yang paling ‘baik’, hinggalah yang paling ‘jahat’:
1 – Minyak mono tak tepu (monounsaturated) – Kebanyakkan pakar berpendapat asid lemak ini adalah yang paling baik.
2 – Poly tak tepu (polyunsaturated) – Terdapat juga kajian yang menyokong kebaikkan asid lemak jenis ini.
3 – Lemak tepu (saturated) – Bak kata lirik lagu Stacy AF6, “Oh jahatnya kamu.. jahatnya kamu!”
Adakah kesemua asid lemak di atas tidak bagus? Yang mana satukah baik untuk kesihatan jantung dan fisiologi tubuh badan secara am? Lemak tepu tidak mudah untuk dicernakan, maka ia paling mudah untuk disimpan sebagai lemak badan. Kajian menunjukkan saturated fat adalah punca utama obesity dan penyakit berkaitan jantung, maka dengan itu kita harus mengelak mengambil lemak dari jenis ini.
Lemak tak tepu pula terbahagi kepada Trans fat (terdapat dalam makanan ringan, bergoreng), Monosaturated fat dan Polyunsaturated/Omega fatty acids (minyak zaitun, ikan laut). Seperti juga saturated fat, trans fat harus dihindari. Omega oil adalah minyak yang patut diambil kerana kajian menunjukkan omega oil penting untuk kemandirian tubuh, di samping mencegah kita daripada penyakit-penyakit kronik seperti stroke, sakit jantung dan diabetes.
Walaubagaimanapun, kebanyakkan pakar menyebut Monounsaturated fat adalah jauh lebih baik berbanding Polyunsaturated fat dalam mengurangkan risiko penyakit jantung. Apa-apa pun, pada pandangan SS, kedua-dua Monounsaturated fat dan Polyunsaturated fat adalah bagus dalam mengurangkan risiko penyakit jantung disamping meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL) dalam darah.
Pandai memilih berdasarkan komponen asid lemak yang dimiliki
Dalam memilih minyak masak yang bagus untuk kesihatan, kita perlu mengambil perhatian akan ketiga-tiga asid lemak ini. Pastikan peratusan asid lemak dari jenis tak tepu adalah jauh lebih tinggi berbanding asid lemak tepu. Berikut adalah beberapa jenis minyak masak dari jenama-jenama yang popular di Malaysia berserta komposisi asid lemak yang dimiliki:
Refined Palm Olein.. kandungan lemak tepu dalam 15ml adalah sama dengan kandungan lemak mono tak tepu iaitu 6g.
.
Lagi satu contoh maklumat pemakanan dalam minyak sawit (olein). Kandunganlemak tepu sama dengan kandungan lemak mono tak tepu.
.
Minyak jagung.. kandungan lemak tepu sedikit rendah berbanding minyak sawit.
.
Minyak bunga matahari.. kandungan lemak tepu nya jauh lebih rendah berbanding minyak sawit dan minyak jagung.
.
Minyak zaitun ini juga tidak kurang hebatnya.. bukan sahaja rendah kandunganlemak tepu, tetapi kandungan lemak mono tak tepunya jauh lebih tinggi berbanding minyak jagung.
Tips memilih minyak masak di pasaraya cara pantas: Minyak yang kaya dengan Lemak tak tepu (dari jenis mono atau poly) adalah lebih cair dan kebanyakkannya lebih jernih berbanding minyak yang mengandungi komponen lemak tepu.
Minyak yang rendah peratus kandungan lemak tepunya lebih cair dan jernih.
Minyak yang tinggi peratus kandungan lemak tepunya adalah lebih likat dan gelap.
Organik versus bukan organik? Sebenarnya agak susah untuk mencari minyak masak yang diekstrak dari tumbuhan organik, tambahan pula minyak yang dihasilkan secara organik itu lebih mahal. Maka dengan itu, terpulang kepada pilihan masing-masing sama ada ingin memilih yang organik ataupun yang bukan organik, kerana bagi SS kedua-duanya pun tak banyak bezanya. Cuma apa yang perlu diambil kira ketika memilih minyak masak ialah kandungan asid lemaknya.