Kenangan tak makan

Dah lama saya tak menulis. Pada malam ini sedang aku melayan lagu di Sinar FM, Salju Cinta, teringat aku semasa kerja sebagai buruh pada awal 90-an yang lampau.... Aku balik kampung pada hujung minggu, emak kata "Kenapa kurus sangat? tak makan ke?" Aku jawab, "Makanlah mak, penat kerja kot, 12 jam. 8 jam kerja biasa dan 4 jam OT." Perkara sebenarnya ialah memang aku tak makan. Tengah hari semasa orang rehat, aku pergi lepak kat surau. Orang makan kat luar atau kantin, aku minum air tapis kat pondok jaga sebab air itu free. Bila balik kerja barulah aku makan nasi dengan lauk sayur kacang oanjang masak tumis, telur goreng dan sardin..sedap betull..dah seharian tak makan..nasib baik ada beras..masa tu tak ada duit...pengalaman mendewasakan aku...moga moga aku menjadi insan yang bersyukur.

Allah tidak hendak menyulitkan kamu,
 tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, 
supaya kamu bersyukur.
 al-Quran, Surah al-maidah ayat 6.

Terima kasih para pembaca budiman....