HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-17

ڤد 26/5/2013 مك سمڤأيله ماسڽ 17 تاهون ڤركهوينن كامي. معنىڽ سوده 17 تاهون كامي برادا دالم سيتواسي كتاوا برسام مناڠيس برسام. كبتولن ڤد موسيم چوتي سكوله اين، انق-انق بركومڤول د رومه. جوسترو ايت، كامي بريحت د سبواه هوتيل دان ماكن د سبواه ريستورن يڠ سليسا. هوتيل باجيت جرررر...تق سمڤأي رم200 مانكالا ماكن مالم د ريستورن اونتوق انق برناك ڤون تق سمڤأي رم 200..اينله ماسڽ بركومڤول دان مراعيكن ڤركهوينن كامي يڠ ك 17 تاهون..برسام انق-انق...


Tahun 1996
Tahun 2007

Tahun 2013
















 


Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Hilir Perak

Pertandingan Nasyid peringkat Daerah di Sek Men Keb Seri Perak. Inilah Pasukan SK SE yang terdiri daripada 10 orang peserta dan kami berbangga dengan pasukan ini. pasukan ini dinamakan Sauturrijal dandilatih di bawah bimbingan Ust Mardziah.Tahniah.

Catatan saya sebagai KTM ketua Tempat Mengundi

Hari  ini merupakan hari yang agak tenang kerana tugas menjadi KTM (Ketua Tempat Mengundi), bukan Keretapi Tanah Melayu telah selesai. Pada 5 Mei yang lalu, saya bangun pada jam 5.00 pagi. Pada jam 5:30 pagi, saya bergegas ke SEMESTI dan Solat Subuh di Masjid Batu 8. Setelah mengambil peti undi, saya bersama seorang kerani dan dua orang anggota berpangkat Kopral bergerak ke SK Sungai Pergam pada jam 6:30 pagi. Di SKSP, saya bersama 4 orang kerani dan 2 orang PAPM mula bertugas sehingga berakhir pada jam 5:00 petang. Solat Zohor pada jam 3:00 petang dan Solat Asar jam 5:00 petang. Jam 5:30 petang proses pengiraan undi bermula dan berakhir jam 8:00 malam. Seramai 498 pengundi telah mengundi daripada 611 orang pengundi berdaftar iaitu 83%. Bagi kawasan Sungai Pergam, kemenangan berpihak kepada BN dan disahkan oleh agen pengira undi. Selepas Solat Maghrib, kami bertolak menghantar segala peralatan dan peti undi pada jam 8:15 malam dan sampai di Semesti setengah jam kemudian. Pada jam 9:30 malam saya selesai menghantar segala peralatan dan laporan. Pada 10:00 malam saya sampai ke rumah. Demikianlah tugas saya sebagai KTM pada 5 Mei 2013. Ini merupakan satu amanah yang sangat berat yang harus dipikul dan dilaksanakan. Ini sangat penting dan bersasuaian dengan firman Allah iaitu surah Al Anfal ayat 27:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.