Mohon Pertolongan Daripada Allah

Hujan turun pada hari ini. Pada awal pagi. Unggas tidak bersuara, menyepi diri kerana kesejukan barangkali. Manusia yang berakal sudah tentu tinggal di dalam rumah. Haiwan hanya menggunakan dedaun atau rerumput atau lubang atau celah celah batu untuk berlindung. Cuba lihat katak, binatang yang agak sempoi ini tinggal di mana? ada orang kata dua alam. Yalah...dua alam. Yang penting, ia tidak ada rumah teres atau rumah banglo atau rumah papan atau rumah batu buatan sendiri..Namun katak masih boleh hidup dengan selesa dan bersyukur. Suara katak riuh pada pagi ini..memang meriah kerana mendapat hujan. Kalimat/kalimah Hujan juga terdapat dalam al-Quran. Sebagai contoh, Surah 11 ayat 52, Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa."   Ini menunjukkan bahawa hujan merupakan elemen penting kepada alam sementara ini...

Macam ini, apa yang yang saya nak story pada hari ini ialah apabila kita mendapat kesusahan, kita akan mencari tempat mengadu. Betul tak? Semasa kecil kita mengadu kepada ibu atau bapa. Sesudah besar, kepada rakan-rakan. Apabila sudah berkahwin, berkongsi masalah bersama. Apabila sudah tua, mengadu kepada siapa? Andai kata manusia sudah tiada tempat mengadu..sebagai andaiaan semua dah meninggal..pada masa itu manusia akan mencari sesuatu tempat mengadu..Mereka mencari tuhan. Orang yang tidak percaya tuhan juga akan mencari tuhan..sebab dalam otak manusia memang ada satu point yang mengakui adanya tuhan..Cubalah tengko situasi , contohnya, seseorang itu hampir lemas , dia akan secara automatik akan meminta tolong pada suatu kuasa super power untuk menyelamatkannya..kerana pada masa itu, dia sudah tidak nampak apa apa kecuali mati dan hanya super power itu yang boleh menyelamatkamnnya..iaitu Tuhan.

Dalam Islam, tuhan yang sebenar ialah Allah. Kepada rakan bukan Islam boleh lihat terjemahan al-Quran surah112 ayat 1 hingga 4. Maksudnya ialah: 1.Katakanlah (wahai Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa.2.Allah yang dituju (untuk meinta hajat).3.Dia tidak melahirkan dan dia tidak dilahirkan.4.Dan tiada satu pun yang menyerupainya.

Itulah tempt kita meminta pertolongan. Jika kita meminta tolong kepada Allah. pasti Allah akan menolong kita. Dalam surah 1 ayat 5 Allah berkata: Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya engkaulah kami minta pertolongan.

Masalah bunuh diri berlaku mungkin kerana seseorang itu sudah tiada tempat mengadu..Sedangkan Allah sentiasa bersama kita..Allah temapt mengadu. Allah tidak tidur..Marilah bersama Islam agar kita semua selamat. Terima Kasih.