Nenda Sariah binti Haji Sidek

NAMA: SARIAH BINTI HJ SIDEK
NAMA SUAMI: RAKIDIN
NAMA-NAMA ANAK:
KHATIJAH
MOHD JAIS BIN RAKIDIN
SULAIMAN BIN RAKIDIN
SITI FATIMAH BINTI RAKIDIN
SITI HALIMAH BINTI RAKIDIN

Inilah wajah nenda saya (Allahyarhamha Sariah binti Haji Sisek), ibu kepada ibu saya (Siti Fatimah binti Rakidin). Beliau meninggal dunia di rumah ibu saya sewaktu ibu saya sedang susah. Ibu saya memandikan dan menyuapkan nenda saya hingga meninggal dunia pada bulan Ramadhan.

Allahyarhmaha telah kehilangan suami sewaktu anak-anaknya masih kecil. Dengan tulang empat kerat, nenda membesarkan anak-anak sendirian. Ibu tunggal yang bertungkus-lumus membanting tulang untuk membesarkan anak-anak seramai 5 orang. Belikau juga rajin membela cucu-cucunya sewaktu hidupnya. Beliau berpindah dari rumah anak- ke rumah anak yang lain. Allahyarhamha telah menghabiskan banyak tenaga dan keringat untuk cucunya.

Malangnya, selepas beliau meninggal dunia, tiada seorang pun daripada cucu-cucunya daripada anak-anak yang lain kecuali anak Siti Fatimah (ibu saya) menziarahi kuburnya. Tanya kubur pun tidak. Memang kami keluarga miskin tetapi kenanglah nenda kita. Kalau kita berbuat selamba seperti itu, percayalah bahawa Allah Maha Adil. Tidak mustahil kita akan menangis sewaktu tua lantaran dipersiakan anak-anak dan cucu.

Kepada sepupu-sepupu saya (cucu-cucu nenek Sariah) sekalian, walaupun anda semua sudah kaya dan berada, sedarlah bahawa tanpa nenda kita, anda semua tiada di dunia ini. Nenda kitalah yang melahirkan ibu kita dan ingatlah bahawa Allah sangat melihat apa yang kita lakukan.

Marilah kita berbuat baik. marilah kita menziarahi kubur nenek kita. Marilah kita rukun dan damai.

 "Dan kebajikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha  Mengetahuinya. "
An-Nisa' - 127.

 Wallahu a'lam.




Misteri di rumah saya

Pada hari ini, saya ingin menceritakan kisah misteri di rumah saya. Hari Jumaat 29 12 2013, saya sekeluarga menuju ke Ipoh atas urusan pernikahan anak saudara (ady). Maknanya saya bermalam di Ipoh dua malam iaitu Jumaat malam Sabtu dan Sabtu malam Ahad. Setelah pulang pada hari Isnin (hari ini) 2/12/13, bapa mertua menceritakan bahawa pada malam Jumaat dan malam Sabtu, beliau melihat kelibat seorang tua berbaju putih berjalan mengelilingi rumah. Itu suatu misteri. Sebelum ini, isteri saya mengalami 4 kejadian aneh. Pertam, seperti ada suara yang meniup ke arah telinga, kedua, kelibat orang tua bongkok di sebalik tiang sewaktu menyidai pakaian, ketiga printer off sendiri walaupun ia bukan automatik dan keempat, bunyi seperti kerusi ditarik tetapi tiada orang di ruang tamu. Ini suatu misteri. Dalam hal ini, saya menasihati ahli keluarga supaya mengamalkan al mauizat, ayat kursi, bacaan quran dan rajin mengamalkan solat sunat . Semuanya dari Allah.

 Firman Allah dalam Surah 6 ayat 112: bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia) Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. 

Surah 7 ayat 27: bermaksud: Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.